Nasi Lemak
Difficulty: Mediumbahan-bahan
- Bahan-bahan untuk kisar halus (sambal)
1 ½ biji bawang besar
4-5 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
½ inci halia
25-35 biji cili kering
½ inci belacan
½ cawan ikan bilis
sedikit air
- Bahan-bahan untuk sambal tumis:
½ – 1 cawan minyak masak
½ biji bawang besar
air asam jawa
gula melaka
½ – 1 biji bawang holland
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk nasi lemak:
1 biji bawang merah kecil
1 inci halia
3 cawan beras
4 ½ cawan (santan + air)
1 helai daun pandan
½ sudu kecil halba (optional)
garam secukup rasa
- Bahan-bahan untuk hidang:
kacang tanah goreng
ikan bilis
telur rebus
telur goreng
timun
Cara-cara
- Cara-cara untuk sambal tumis:
- Rebus cili kering dengan air secukupnya hingga tenggelam sebelum dikisar, lalu toskan air.
- Panaskan minyak dan tumis hirisan halus bawang besar sekadar lembut.
- Masukkan bahan kisar halus, sedikit air, air asam jawa, dan gula melaka. Masak sehingga sambal pekat dan kering dengan api yang sederhana.
- Selepas anggaran 40 minit, masukkan bawang holland, tambah pandan jika mahukan sambal lebih wangi, dan garam secukup rasa.
- Masak dalam anggaran 15 minit sampai bawang holland menjdai lembut.
- Cara-cara untuk nasi lemak:
- Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih
- Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
- Hiris nips bawang merah kecil dan halia.
- Panaskan minyak. Tumis bahan hiris nipis, daun pandan dan beras.
- Masukkan santan dan air, garam secukup rasa, halba (pilihan) lalu pindahkan semua kedalam periuk nasi.
- Cara-cara untuk hidang:
- Rebus telur dan potong timun.
- Goreng kacang tanah sehingga kekuningan dengan api yang perlahan dan kerapkan menggacau untuk mengelakkan ia hangus.
- Goreng ikan bilis sehingga garing. Bila sudah tak berbuih minyak, angkat dan tos minyak.
- Sediakan kertas balutan dan letakkan daun pisang menegak dari kertas, lalu sukat nasi dengan cawan dan letak di atas daun pisang.
- Hiaskan di atas nasi lemaktelurm timun, kacang tanah, ikan bilis dan sambal tumis.
- Balut nasi lemak dengan kemas.
- Tip:
- Jika menggunakan cili kering untuk diuat sambal, rebus dan dibuang biji.
- Selepas rebus telur, rendamkan ia sekejap dalam air paip untuk memudahkan mengupas kulitnya nanti.
- Kacang tanah yang sudah kekuningan, hendaklah diangkat segera kerana proses memasak masih berlaku walaupun sudah diangkat. Boleh saja diletakkan bawah kipas untuk elakkan hangus.
- Jika inginkan biji cili kering hancur semasa dikisar, boleh ditambah sedikit minyak masak.
- Jika memasak sambal, minyak haruslah lebih agar cili cepat masak dan dimasak sempurna dan boleh saja menggunakan minyak bekas goreng ikan bilis.
- Jika menggunakan santan kotak, letakkan minyak sedikit, jika santan asli tak mengapa.
- Layur daun pisang untuk menggelakkan ia mudah koyak untuk dipotong.
Notes
- Credit to: Che Nom – https://resepichenom.com/resepi/nasi-lemak-bungkus/show